Friday, July 30, 2004

[Kelas Puisi #2] Aliterasi hingga Asonansi

Aliterasi:

Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris puisi; biasanya pada awal kata/perkataan yang berurutan. Pengulangan seperti itu menimbulkan kesan keindahan bunyi.



Alusi:

Satu ragam atau jenis gaya bahasa perbandingan yang merujuk secara tidak Iangsung kepada sesuatu peristiwa, tokoh-tokoh atau karya sastera yang terkenal.



Ambiguiti:

Makna kata/perkataan atau ungkapan dalam puisi yang mernpunyai pelbagai kemungkinan tafsiran, yaitu lebih daripada satu makna atau tafsiran. Dengan demikian, ambiguiti disebut juga ketaksaan. Puisi yang seperti ini memang agak sukar untuk diselami maknanya secara tepat atau jelas tetapi dianggap sebagai puisi yang kuat dan segi isi atau pemikirannya.



Anafora:

Satu ragam atau jenis gaya bahasa pengulangan, yaitu kedudukan pengulangan satu kata/perkataan atau lebih pada awal baris-baris puisi.



Asonansi:

Pengulangan bunyi vokal yang sama pada kata/perkataan yang berurutan dalam baris-baris puisi. Pengulangan begini menimbulkan kesan kehalusan, kelembutan, kemerduan atau keindahan bunyi.