LETIH mulut mengangai suap
Lidah melucah tak letih ucap
Menyemai tak sebenih pernah
Tebang sembarang semerambah
Kata berlumut di licinan mulut
Sebut tergelincirkan ke senyap
Yang ganjil mengganjal ginjal,
pun berpura-pura di paru-paru
Cari antara yang waktu dan ada
Jangan di petang salah-salahan