Sunday, July 23, 2006

[Kutipan] Memperkaya dan Memelihara Bahasa Indonesia

Benar, Indonesia dalam banyak hal ekonominya ke belakang (untuk sementara waktu) tetapi bahasa, seni budayanya, kejiwaannya amat integral dan bersepadu. Mereka mempertahankan bahasa Melayu yang sudah menjadi bahasa ibundanya dalam nama yang lain bahasa Indonesia, mereka memperkaya, memelihara dan penuh cemburu kalau ada tangan-tangan dan otak-otak yang jahil mahu memusnahkannya.

- AHMAD KAMAL ABDULLAH, Presiden Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia (PKBM) pada Mesyuarat Agung 9 Jun 2006.